Wisma Tok Guru digempur Pemuda PAS

KOTA BHARU – Pas memulakan langkah pertama untuk mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek disini, dengan memacakkan bendera parti di sekitar bangunan itu, malam ini.

Langkah itu dibuat oleh Pemuda Pas dengan berkumpul di bangunan tersebut dengan diketuai Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Lebih 15O ahli Pemuda Pas berkumpul di pekarangan Wisma Tok Guru sambil Unit Amal turut kelihatan mengawal keadaan pada kira-kira jam 9 malam.

Dalam ucapannya, Fadhli berkata, pihaknya berkumpul dan memacakkan bendera sebagai menandakan bangunan itu milik Pas.

“Pas telah berikan notis sebulan kepada pihak yang menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November depan.

Fadhli membacakan doa selamat di pekarangan Wisma Tok Guru. – Foto Pembaca Sinar Harian

“Walaupun sudah menjadi hak kita, namun kita tidak mahu mahu lagi memasuki lagi bagunan ini sebaliknya hanya meletakkan panji kita sebagai simbolik bagunan ini milik kita kerana ia dibangunkan guna wang ahli Pas, ” katanya.

Berlaku sedikit ketegangan apabila Ketua Pemuda Amanah, Hazmi Hassan memohon mengunakan pembesar suara untuk mententeramkan keadaan tetapi tidak dibenarkan oleh Pemuda Pas.

Sebelum ini, Pas mengesahkan membeli bangunan itu daripada isteri Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim, Harifah Dolah.

Bagaimanapun Setiusaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pembelian itu bukan dibuat kerana dendam, sebaliknya disebabkan bangunan itu dibiayai ahli Pas.

Penyokong Pas memenuhi pekarangan Wisma Tok Guru. – Foto Pembaca Sinar Harian

Difahamkan bangunan kontroversi itu dibeli dengan harga RM700,000.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah,  Datuk Husam Musa yang sebelum ini diamanahkan supaya menjaga bangunan itu berkata, beliau akan membuat kenyataan berhubung tindakan Pemuda Pas itu esok.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *