[VIDEO] MPKB-BRI musnahkan minuman keras dan shisha

KOTA BHARU – Sebanyak 1,220 botol shisha dan 4,949 arak berjaya dihapuskan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) dengan nilai rampasan sebanyak RM100,000.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail berkata, barangan tersebut merupakan hasil rampasan pihaknya melalui operasi yang dijalankan sepanjang 2016.

“Sehingga kini, pihak kami masih menjalankan operasi ini dan maklumat orang ramai amat diperlukan untuk memastikan penguatkuasaan berjalan dengan lancar. Untuk pelupusan hari ini, ia melibatkan barangan yang kita rampas tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, rampasan shisha dibuat adalah mengikut ketetapan negeri yang tidak membenarkan penggunaan bahan tersebut, manakala arak pula dirampas daripada mereka yang tidak mempunyai lesen sah menjual minuman itu.

Beliau berkata,  malah minuman keras yang dirampas terdiri daripada pelbagai jenama yang dijual di dalam tin, botol biasa dan juga botol besar.

“Untuk kesalahan shisha,  peniaga boleh dikenakan tindakan denda, penarikan lesen dan sita. Kami sentiasa giat melakukan operasi bagi memastikan Kelantan bebas daripada gejala tidak baik,” katanya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *