[VIDEO] “Dah Tua Pun Nak Tanding Lagi” Cercaan Mahathir Terhadap Nik Aziz Kena Batang Hidung Sendiri

Bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Begitulah sebaik-baik perumpamaan menggambarkan sikap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang suatu masa dahulu pernah menyindir bekas Menteri Besar Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Portal berita My Nation News memuat naik sebuah video ucapan Dr Mahathir dipercayai sewaktu pra-Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 2013, berikutan pengakuan bekas Perdana Menteri itu didalam video berkenaan berusia 87 tahun.

Dr Mahathir dipercayai berucap didalam sebuah majlis di Kelantan berdasarkan topik kenyataannya berhubung pentadbiran PAS di Kelantan.

Didalam video berkenaan, Dr Mahathir mencerca Nik Azizsudah terlalu tua untuk kembali bertanding mempertahankan kedudukannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka dan tidak lagi berdaya untuk menggalas tugas sebagai wakil rakyat.

“Saya ini umur 87 (tahun) dah tua dah. Kalau tengok pun nampak tua. Berapa kali jatuh tadi,” katanya menggambarkan dirinya yang sudah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri ketika berusia 78 tahun pada tahun 2003.

“Ini (Nik Aziz) dah umur 82 (tahun) nak berdiri pun tak boleh, masih nak bertanding (PRU) lagi. Sampai bila-bila,” sindirnya kepada Nik Aziz.

Nik Aziz meniggal dunia pada 12 Februari 2015 di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

14 tahun dan tiga pilihan raya kemudian, Dr Mahathir kini mengumumkan akan bertanding semula pada PRU14 akan datang bagi merebut jawatan di Parlimen ketika usianya pada tahun ini sudah mencecah 93 tahun.

Bukan itu sahaja, beliau juga dicalonkan sebagai Perdana Menteri pilihan bagi kerajaan Pakatan Harapan.

Jawatan yang dahulunya disandarkan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail – isteri bekas timbalan Dr Mahathir yang dipecat dan dihumban ke penjara pada 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim – sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya digulingkan.

Sepertimana Wan Azizah, Dr Mahathir juga bertindak sebagai perdana menteri interim, sementara menanti penyertaan Anwar kembali ke dunia politik.

Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pada 8 Jun tahun ini, namun undang-undang melarang mana-mana banduan yang menjalani hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2,000 untuk bertanding pilihan raya selama lima tahun daripada tarikh akhir hukuman.

Justeru, Pakatan Harapan bercadang untuk mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V agar membenarkan Anwar kembali menyertai politik.

Untuk rekod, Lembaga Pengampunan Diraja dibawah naungan Sultan Tunku Abdul Halim pernah menolak petisyen mendapatkan pengampuna diraja difailkan oleh keluarga Anwar bagi memadamkan sabitan kes liwatnya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

– mD

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *