[VIDEO] AGONG Sembelih 3 Ekor Lembu

Baginda sendiri turun ke tanah menyembelih dengan tangannya sendiri.

Bukan saya mahu memuji tetapi menyatakan rasa bangganya saya mempunyai Raja seperti Baginda.

 

 

 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan Majlis Korban Aidiladha anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji Kota Bharu hari ini.

Turut berangkat ke majlis tahunan tersebut ialah adinda baginda Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Fa’iz Petra merangkap Yang di-Pertua MAIK dan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam Tengku Aziz.

 

Kredit Foto : Zam Zamani
Kredit posting: Edrin Furtado
Kredit Video : Vivi Sumanti

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *