Tawaran cadangan Pemuda Amanah sekiranya Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Negeri Kelantan

Tawaran cadangan Pemuda Amanah sekiranya Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Negeri Kelantan

1) Pemasangan papan iklan (billboard) secara percuma bagi tujuan promosi untuk bazar, pasar, restoran, kedai atau produk kepada individu atau syarikat milik rakyat Kelantan.

2) Jika sebelum ini kita biasa lihat papan iklan mempromosi program Kerajaan atau parti menghiasi bandar-bandar atau jalan raya yang strategik.

3) Saya menawarkan cadangan ini bagi membantu usahawan anak tempatan untuk mempromosi kedai atau produk mereka supaya lebih dikenali. Sebagai contoh, satu papan tanda iklan Warung Pok Mat Pulau Pisang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

4) Dengan cara ini mungkin mampu memberi nilai tambah jumlah kehadiran pelancong luar ke kedai-kedai yang telah diiklankan. Mungkin sebelum ini para pelancong yang datang ke Kelantan hanya singgah dan terus ke Pulau Perhentian. Namun mungkin selepas melihat papan iklan yang besar dan menggiurkan itu mampu menarik mereka ke kedai atau restoran yang diiklankan.

5) Pemasangan percuma hanya kepada anak Kelantan selama 2 minggu ( cadangan teknikal dibuka kepada perbahasan). Jika ada yang mahu tempoh dilanjutkan dikenakan sewa.

6) Cadangan ini timbul apabila saya pergi ke Bazar Siti Fatimah Rantau Panjang namun tidak ada satu pun papan iklan atau papan tanda menunjukkan sesuatu atau tempat yang istimewa di Rantau Panjang. Sedangkan Rantau Panjang merupakan pekan kecil yang bersempadan dengan Negara Thailand. Sepatutnya negeri memanfaatkan sepenuhnya kesemua pekan-pekan kecil yang bersempadan antarabangsa Malaysia-Thailand.

7) Bermula hari ini saya akan memberi cadangan tawaran dan membuka perbahasan untuk menambahbaik tawaran ini. Tawaran akan dikumpul dan dipilih dan akan diangkat kepada Dato’ Haji Husam Musa selaku Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan dan dijadikan manifesto menjelang PRU 14.

8) Kepada yang mempunyai cadangan lain, hantarkan cadangan anda ke email jeminghassan@yahoo.com atau terus WhatsApp ke nombor +6019 9877623.

Ini negeri kita
Ayuh kita bina bersama negeri ini.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelatan
19 November 2017

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *