Tak Perlu Sampai Ke Korea. Dekat Bachok Kelantan Pun Ada View Musim Luruh.

Selama ni ada simpan hasrat nak pergi ke Pulau Nami dekat Korea tapi duit tak pernah nak cukup. Kalau ingat dulu ada satu drama bersiri korea yang buat semua orang melekat dekat depan TV tu tajuknya Winter Sonata mesti lagi membuak-buak hati ni nak pergi Korea.

Tapi lepas ni dah tak risau dah sebab rupanya kat Malaysia pun ada tempat ala-ala Pulau Nami tu. Dekat mana tu?

Oh dekat sini rupanya, ingatkan jauh sangat.

 

Lokasinya yang tidak jauh dari bandar Bachok Kelantan mampu membuatkan anda teruja untuk datang semula ke Pantai Senok yang sangat cantik seolah-olah Pulau Nami Korea ni.

Bezanya tak ada la salji semua tu cuma macam musim luruh yang berpanjangan.

Musim luruh terasing

 

Apa yang boleh membuatkan korang semua tak nak balik, sebab tempat ni macam musim luruh yang berpanjangan. Dah tu angin pantai yang nyaman membuatkan korang rasa seronok je nak berehat dari kesibukan bandar.

Buat yang bakal berkahwin tak lama lagi kalau nak jadikan lokasi ni sebagai lokasi memori cinta korang boleh je datang buat pre-wedding photo ke video ke sebab nanti boleh feeling macam dalam drama Winter Sonata tu.

Senja…

 

Bukan saja cantik dan indah pada waktu siang, tapi bila waktu senja lihat sajalah keadaan yang indah permai ni. Boleh buatkan kita rasa tenteram je melihat kebesaran ciptaan Tuhan.

 

Kalau pergi ke Bachok Kelantan jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Senok untuk mengalami sendiri pengalaman ala-ala Pulau Nami ni.

Sumber: Facebook Rizal Hakimm

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *