Saya juga boikot Dun – Husam Musa

KOTA BHARU – Adun Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan Speaker menghalau Ketua Pembangkang Dun, Datuk Nozula Mat Diah hari ini sebagai keterlaluan.

Sambil melahirkan kecewa dengan tindakan itu, Husam mempersoalkan seringkali persidangan Dun diadakan kerajaan negeri dilihat mahu ditamatkan awal.

“Setiap kali bersidang, Dun Kelantan terkejar-kejar untuk bersurai.

“Apa yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam yang juga Naib Presiden Amanah berkata, Pahang yang dikuasai Umno boleh bersidang sampai tujuh hari untuk sidang Belanjawan.

“Mengapa Kelantan mesti hanya dua hari, dari tiga hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari tiga hari”

“Atas solidariti pembangkang, saya turut memboikot penggulungan perbahasan oleh kerajaan tengah hari ini,” katanya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *