Remaja Dirogol 6 Lelaki Bergilir-Gilir Di Kelantan Diugut Letup Mercun Bom Dalam Mulut

Seorang gadis perempuan berusia 17 tahun telah dirogol oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya antara jam 11.45 malam hingga 4 pagi 3 Jun lalu.

Empat suspek telah ditahan polis di rumah masing-masing dan menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, pihaknya memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan ketika datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan remaja perempuan berusia 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh enam lelaki di sebuah pondok terpencil di Tok Uban, Pasir Mas, awal pagi Sabtu lalu. Tiga lelaki ditahan pada hari kejadian.

Sumber: Harian Metro

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *