Punca Rakyat Menolak PAS

Oleh : Mohd Fauzi Mohd Azmi

Apa yang berlaku dalam PAS hari ni dah lama aku ramalkan. Aku bukan Tok Nujum tapi pembacaan politik tu penting.

Dari tahun 2012 aku dah pernah tulis dimasa akan datang, PAS akan rosak sebab adanya mereka-mereka ini:

  1. Anak-anak muda yang masuk PAS kerana mahu bergelar “Ustaz”
  2. “Ustaz” muda yang masuk PAS kerana mahu bergelar “Ulama”
  3. “Ulama” muda yang masuk PAS kerana mahu dikagumi.

TIDAK ADA diantara mereka masuk PAS kerana mahu jadi “Pemimpin”.

Realitinya PAS ialah sebuah “Parti Politik” yang berkiblatkan Al-Qur’an, Sunnah & Hadith. Tetapi apabila adanya golongan-golongan diatas yang hanya dambakan “Gelaran” – Ustaz dan Ulama, maka penubuhan PAS sebagai sebuah Parti Politik yang berkiblatkan Agama Islam menjadi rosak dan jahanam. Lebih malang lagi, agama Islam turut dipandang serong oleh Masyarakat bukan Islam.

PAS sepatutnya menjadi sebuah “Gedung” yang dapat melahirkan “Pemimpin” tidak kira apa profesionalisme mereka, tidak kira apa cara pakaian mereka tetapi kepimpinan yang dilahirkan itu adalah berteraskan Al-Qur’an, Sunnah dan Hadith.

Agama Islam bukan agama yang menghukum tetapi ini adalah agama yang mendidik.

Dalilnya ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah saw ialah “Iqra”. Allah tidak menurunkan ayat pertama berbentuk hukuman sebaliknya ia adalah ayat yang mendidik. Bacalah olehmu Ya Muhammad Rasullullah saw.

Hari ini apa yang aku jangkakan dan risaukan beberapa tahun dulu menjadi realiti dalam PAS.

Ustaz-ustaz muda lantang mencari kesilapan pihak lain, Ulama berpengalaman dalam PAS begitu bongkak menghukum pihak lain yang tak sependapat dengan mereka. Tiada pihak yang dilihat layak untuk menegur Ustaz- Ustaz dan Ulama- Ulama dalam PAS hanya kerana mereka bergelar Ustaz dan Ulama.

Ahli-ahli PAS tidak dididik dengan roh Islam yang sebenarnya. Tidak ada teguran yang baik, tidak ada didikan tentang apa isu Islam bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Langkah PAS semakin sumbang dimata Umat Islam di Malaysia dan lebih parah lagi dimata bukan Islam.

Mungkin menjatuhkan PAS dalam Pilihanraya akan datang akan memberi kesedaran dan keinsafan pada Pimpinan Ekstrimis dalam PAS atau pada Ahli2 PAS sekurang2nya.

Kalau kejatuhan PAS dalam Pilihanraya akan datang masih tidak dapat menyedar dan menginsafkan Pimpinan Ekstrimis dalam PAS, maka tidak mungkin PAS akan bangkit semula.

Islam tidak akan terkesan dengan kejatuhan PAS kerana Islam itu adalah Agama yang diturunkan oleh Allah. Betulkan Aqidah anda kalau kita fikir jatuhnya PAS maka Islam akan hancur.

Selemah itukah Agama yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh Umat Manusia dan ciptaan2-Nya..?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *