Protes Di Depan Kedutaan Malaysia Tuntut Popia Milik Indonesia

Ini satu kisah yang agak lucu bagi rakyat Malaysia khususnya tetapi mungkin ianya sesuatu yang agak besar bagi rakyat Indonesia.

Seperti sedia maklum rakyat Indonesia sangat sayangkan seni budaya mereka dan selalunya mendakwa sesuatu budaya, produk atau makanan adalah milik negara mereka.

Sebagai contoh batik, mereka mendakwa ianya berasal dari negara Indonesia dan hak mereka. Apa yang melucukan terbaru, kuih popia juga mereka “claim” berasal dari Indonesia. Paling kelakar mereka siap berdemo untuk menuntut popia milik Indonesia.

Baca berita penuh di bawah.

JAKARTA – INDONESIA – Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi menegaskan bahawa kuih popia, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.

Protes ‘Save Lunpia’ anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.

Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah itu perlu diambil bagi menegaskan bahawa popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia supaya Malaysia tidak mendakwa makanan itu berasal dari negara ini.

“Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah (awal) agar (popia) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (popia) sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai (popia) menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah (pencegahan),” katanya.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober 2014 telah menetapkan popia sebagai warisan budaya nasional.

Katanya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) supaya mengiktiraf popia sebagai berasal dari Indonesia.

Beliau berkata, popia diasaskan seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.

Peserta protes itu juga dilaporkan memberikan popia Semarang kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain dalam laman Twitter beliau semalam turut memaklumkan mengenai protes itu.

“Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lunpia (popia) Indonesia (daripada) digunakan oleh Malaysia,” menurut Zahrain sambil berkongsi gambar protes itu.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *