Perakan Kesal Maklumat Tidak Tepat Guru Terlantar Di Hospital Tawau

TAWAU, 25 Julai (Bernama) -Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Sabah menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebar maklumat tidak tepat kononnya seorang guru berasal dari Kelantan terlantar di Hospital Tawau selama tiga bulan tanpa penjagaan keluarga selain turut kehilangan duit serta telefon mudah alihnya di hospital.

Pengerusi Perakan Malaysia Sabah Mohd Ariff Yusoff berkata penyebar mungkin berniat agar pesakit diberi perhatian namun maklumat tular itu tidak jelas, bersifat fitnah dan memalukan banyak pihak termasuk rasa kurang senang dalam kalangan keluarga guru tersebut, rakan sekerja serta anggota Perakan.

“Guru itu yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan sebenarnya belum sampai tiga bulan ditahan di hospital, dan semua barang milik guru itu tidak hilang tetapi dipegang oleh pihak (guru-guru) yang menjaganya secara bergilir-gilir.

“Ibu bapa kepada guru tersebut juga datang menziarahinya sebanyak tiga kali dan abang kepada guru ini juga berusaha untuk membawa balik adiknya dan dirawat di Kelantan namun kemudahan hospital ketika ini tidak mengizinkan guru ini dibawa keluar dari hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kad pengenalan tertera nama Khairul Anuar Mohd Razali dan gambar seorang lelaki dalam keadaan terbaring di katil hospital Tawau itu tular di media sosial sejak semalam…..

BERNAMA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *