Kisah Semangat Anak Seni Kelantan

OLEH : MOHD ZAILEE

Hari ini hari Ahad. Ini hari aku menulis tentang Kelantan. Aku nak tulis tentang artis Kelantan kali ini sebab hal Pok Ya masih panas.

*********

Sabri Yunus

Sabri Yunus ni sebelum aku lahir dulu lagi dah aktif dengan seni. Dedulu main teater dekat Singapura kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemudian balik Malaysia, join produksi Prof. Dr Hatta Azad Khan untuk siri sitkom Pi Mai Tang Tu.

Lepas tu berlakon dalam banyak filem seperti Driving School, Wanita Bertudung Hitam, Yes Tuan, Jogho, Puteri Gunung Ledang, etc. Ada jugak berlakon untuk drama tv dan teater. Kemudian di hujung karier, dia banyak terlibat sebagai tulang belakang produksi seperti Salam Pantai Timur dan Karot Komedia selain turut terlibat sebagai pelakon. Pernah juga merakam album.

Dia juga aktif mengarah telemovie dan drama tv. Majoriti menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa pengantar. Yang start buat Sabri guna dielak Kelantan hampir 100% ialah drama Sorok Bau Budu lakonan Zul Huzaimy. Drama arahan Sabri, Sanggul Beracun menang 4 anugerah dalam Anugerah Skrin 2011. Ramai sangka itu puncak kerjaya dia. Rupanya dia masih menyengat di zaman GST ni melalui drama Pok Ya Cong Cor Dey.

Wak Sir

Masa aku kecik-kecik dulu ada Wak Sir. Selalu keluar tv dengan teman dia yang bernama Pok Ya. Bukan Pok Ya Cong Cor Dey. Pok Ya lain. Macam Jozan la Wak Sir dan Pok Ya ni. Yang aku tengok dedulu tu siaran ulangan sebab diorang ni famous masa 70 dan 80-an. Aku belum lahir. Dia memang banyak mewarnai siaran tv dengan lawak sinis tentang masyarakat. Tanyalah orang tua-tua, memang kenal dengan nama Wak Sir. Nama Wak (jawa), tapi cakap Kelantan. Power betul.

Mustapha Kamal

Untuk yang berperwatakan macho sikit, ada Mustapha Kamal. Selalu jugak jadi pelakon utama filem-filem besar seperti filem Adik dan Mira Edora. Filem Adik tu rasanya performance terbaik dia. Susah kot bawa watak orang yang ada adik OKU. Ramai perempuan suka dia sebab dia kulit putih dan badan sado. Tambahan zaman itu lelaki sejati dedifinisikan dengan bentuk badan yang sado.

Filem Adik

M. Rajoli

Selain itu, ada jugak sorang pelakon ni yang aku paling respek iaitu arwah M Rajoli. Dia ni semua orang kenal kot. Semua jenis watak dia pernah pegang. Gangster, pak imam, bapa, abang, peniaga, hero, etc. Tapi aku paling suka dia dalam Perempuan, Isteri, dan dot dot dot. Dia berlakon jadi bapa ayam di Thailand. Sekejap saja watak dia tapi kesannya besar. Satu lagi dalam Cerekarama Sufi. Nampak macam bebetul gaduh dengan arwah Yalal Chin.

M. Rajoli

Kamarool

Seterusnya, sorang ni yang ramai orang kenal iaitu Kamarool. Dikenali awal dulu sebagai Farok dalam Gila-gila Remaja. Kemudian berdozen-dozen drama dia berlakon. Kemuncak populariti dia ialah semasa berlakon sebagai bomoh siam dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ditambah pula dengan watak Cik Man dalam trilogi filem Rock. Gaya dan dialog dia yang kuat menjadi ikut-ikutan ramai orang meskipun peranan dalam filem tidaklah besar. Kemunculan pun hanya sekejap-sekejap.

Kamarool dalam Gila-Gila Remaja

Senarai ini ditambah pula dengan artis lain seperti Amir Raja Lawak, Hushairy Hussein, Pekin Ibrahim, Isse Salak Madu, Nora, Danny X-Factor, Asrulfaizal (Jaha Amerika), dan lain-lain. Yang baru-baru ni biarlah mereka buat apa yang mereka suka dulu. Lagipun orang Kelantan ni late bloomer. Tua-tua nanti baru orang perasan kewujudan mereka. Dalam bolasepak pun begitu. Badri Radzi on peak di hujung karier.

********

Jati Diri Imej Orang Kelantan

Aku tulis ini sebab aku nak ingat semula peranan aku sebagai anak Kelantan yang berada di luar negeri. Lima individu di atas berasal dari Kelantan. Ke mana saja mereka pergi, imej Kelantan dibawa dan diterapkan ke dalam kerja buat mereka. Tidak pernah sesekali imej sebagai orang Kelantan dicampak ke tepi. Malah, dalam karier mereka, kalau boleh sekali pun tak apa dah dapat tunjuk budaya Kelantan.

Sabri misalnya yang dari dulu cuba bawa elemen kebudayaan Kelantan ke dalam semua jenis rancangan yang dia ada. Dia pernah buat wayang kulit. Dia dah berjaya bawa irama dikir barat masuk stesen tv komersial berbayar dan diterima baik oleh penonton. Tengoklah nanti apa pulak elemen budaya yang dia nak bawa.

Satu lagi Nora yang menyanyikan sebuah lagu dengan dialek Kelantan iaitu lagu Joget Kelantan. Dia berjaya bawa dialek Kelantan masuk stesen radio dan tv komersial. Rata-rata pendengar faham sahaja apa yang dinyanyikan. Itu menunjukkan dialek Kelantan tidaklah susah mana untuk dipelajari.

Generasi baru yang aku nampak nak mencontohi Sabri ialah Issey Salak Madu dan Hushairy Hussein. Kita anak-anak Kelantan harus mencontohi mereka. Bawa semangat dan budaya Kelantan ke luar negeri. Tidak malu pada akar kita. Malah, bangga dengan jati diri sebagai anak Kelantan. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting itu adalah kita. Mereka artis-artis ni dah tunjukkan kita tak perlu rasa inferior hanya kerana kita Kelantan.

Yang penting ialah perangai kita. Dalam berbangga sebagai anak Kelantan, kena juga reti adapt dengan budaya dan cara hidup satu-satu tempat. Tak ada masalah pun nak cakap KL bila berkomunikasi dengan orang luar Kelantan. Itu urusan professional dan kita kena professional.

Okeylah. Panjang pulak. Aku habiskan dengan kisah watak gedebe Sabri Yunus. Dedulu dalam filem Jogho, Sabri Yunus pernah bawak jugak watak gedebe sebegitu. Great performance. Tapi tak ramai yang tahu. Nanti ada masa, tengoklah filem Jogho.

Nota kaki : Nama Wan Ismail Golok dalam sitkom Pi Mai Tang Tu jika disebut guna dialek Kelantan, ia berbunyi “where is my golok”. Kreatif kan?

Sumber : Kisah Semangat Anak Seni Kelantan

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *