Keunikan Kelantan Negeri Cik Siti Wan Kembang

Selain dari bahasa yang unik, ada banyak benda unik di Kelantan yang takde kat tempat lain.

1. Ramai orang berpangkat besar.

Kalo orang Kuala Lipis bangga dgn Tok Ti dia, orang Kelate besusun2 Tok-Tok ni. Tak larat nak kira.

  • Tok Bide – bidan.
  • Tok Hngulu – Penghulu.
  • Tok Ggawo – Penggawa.
  • Tok Llaki – suami. Oh Abe~~~
  • Tok Tuwo – mentua.
  • Tok Pek – Apek.
  • Tok Char – sami
  • Tok Wok – gemuloh Chek kawe. Hahaha.
  • Tok Sekhkkhkh – hok jjual kapet naik moto masuk kampung.
  • Tok Peraih – peraih.
  • Tok Bok – nama sebuah tempat di Machang.
  • Tok Kong Tonggek – taktau sapa. Tapi femes la dia ni.

2. Banyak makanan pelik.

  • Tahik itik.
  • Lebe bewok.
  • Butir nako.
  • Woh kekoh char.

3. Perkataan yang mencarut di negeri/tempat lain:

  • Kote – kalo dalam dialek kelate, kote maksudnya tua. Biasa direfer pada kelapa. “Awe weh, acu ambik nyor kote tu sebutir, Ma nokwat ggular ni.
  • Patat – maksudnya dasar. “Wak kopi lagu mano ni gulo bbolok patat gelah”. Satu lagi maksud dia bahagian latar kain sarung. Kalu sebut ayat ni di Perak harus kena belasah “Kak, acu mari bukok kain nok tengok patat”.

4. Perkataan berganding dengan nama binatang:

  • Gugha bewok – gurauan yg kurang sen0n0h “Baso ni nyo wat gugha bewok gitu”.
  • Selok kero – keadaan kalau kantoi “Sudoh doh la, selok kero doh kito kali ni. Abah tahu kito curi pitih dio”.
  • Kuba bala – menyeranah secara manja-manja “Baso ni, kuba bala la… Aku dok tunggu mu 15 jae dop sapa2, lepo2 nyo gi tido!”

5. Perkataan yang susah di translate:

  • Kembae – ayat “Mu nok make ko mugo ni? Dopleh aku, kembae beraso”.
  • Jangok – ayat “Jangok weh Kak Yah tu nokgi mano?”
  • Kiyya – ayat “Dopsey la aku lalu depe Ronaldino tu, aku kiyya~”
  • Kemah! – ayat “Bulih no. 1? Kemah!!!”

6. Perkataan banyak makna:

  • Ssumbak – 1) “Ssumbak doh eh sing ni. Baru jah bekki kemaring”. 2) “Aku kato gi KB Mall, nyo gi Tesco. Ssumbak molek”.
  • Ssero – 1) “Dop ssero gapo2 pom gular ayae ni. Mu boh gare doh ko ni?” 2) “Aku ssero la nger Yati tu. Bedooh lalu kato kakku gitu”. 3) “Mu ssero kae, sapo benae tanding bole male ni?”
  • Halo – 1) “Tahu la Seddi tu, nyo gi dop hau lah ke mano halo” 2) “Gemuloh ni ado mmero, halo”.
  • Jeng – 1) “Dopsoh la tubet KB puyae2 ni. Jeng”. 2) “Jeng aku gini… jak pagi takdi dop idup2 baso muto ni”.
  • Selok – 1)”Acu selok pitu tu gak Ma” 2) “Selok kito kali ni, lagu dop berapo nok jjadi padi tahong ni”.
  • Mugo – 1) “Nako ni keno bukuh takuknyo make mmugo” 2) “Aku oyak mugo senghoti ni” 2) “Mugo mu hok nokgi, mu gi la sediri”.
  • Paghok – 1) “Mu gi jugok ko pesta tu? Tok ppaghok dih kito” 2) “Paghok bey api bulae nih. Keno beringak doh pah pah ni” 3) “Oooh, nok kito huk gi ambik dio gak, paghok la setaro ni”
  • Beghak (berat) – 1) “Beghak kkakloh woh deriye ni” 2) “Mu keliklah Imi… Chek mu tu beghak doh tu..” 3) “Beghakla main nger huk baso lagu ni gak.. Oghe pakak loghak, nyo wak rilek”

7. Perkataan maksud lain di negeri/tempat lain:

  • Nakal (disebut naka) – lucu, lawak, kelakar.
  • Pelam – eh? ehehehehe.
  • Darat (disebut daghak) – jakun, orang hulu sat taktau datang dari planet mana.
  • Kopek – membawa maksud ‘payu dara’ jika di Kelantan

8. Perkara yang sinonim dengan orang Kelantan:

  • Lawa – bolehla… tumpang tuah hihihi.
  • Makanan manis2.
  • Negeri ‘sejuk’.
  • Asabiyah – bukan, ukhwah.

9. Perkara merapu yang sinonim dengan orang Kelantan:

  • Kelantan tak ada kereta??? ya, sebab kami semua naik jet.
  • “Kau pegi sekolah nak bot ek?” Ya, kami semua duk dalam laut.
  • “Orang Kelantan tak kawin orang luar betul ke?” Betul, saya kawin orang KL. KL mungkin Kedai Lalat atau Kok Lanas atau Kampung Lembu.
  • “Orang Kelantan semua alim2” Tepat sekali!!!!

Sekian saja kelas mengenal negeri Kelantan untuk kali ini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *