Keri Pok Jeng, mu nak gi mano lagi ?

KOTA BHARU – POLIS memburu seorang lelaki dikenali Keri Pak Jeng yang disyaki terbabit dengan beberapa kes jenayah di Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, suspek yang nama sebenarnya Syukri Mohamad Abiah, 36, beralamat di Presint 11, Putrajaya dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh, mendatangkan kecederaan dan merusuh.

“Siasatan mendapati suspek melakukan kes jenayah di negeri ini sejak 2013 hingga 2016 di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

“Kami giat memburunya bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Fakri berkata, selain di Kelantan, suspek juga dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan di Terengganu dan Pahang.

“Suspek juga tidak menetap di satu tempat dan berpindah randah bagi mengelak dikesan,” katanya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *