Kerajaan bagi RM250,000 bina lima jeti di Tumpat

TUMPAT – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukkan RM250,000 membina jeti tambatan bot nelayan kawasan pulau di Tumpat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, lima pulau di daerah ini akan mendapat kemudahan tersebut.

“Jeti itu akan dibina di Pulau Teluk Rejuna, Pantai Suri, Pulau Beluru, Pulau Tokang dan Pulau Pantai Baru.

“Ia untuk kemudahan penduduk dan nelayan di pulau-pulau tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Nelayan Serta Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Tumpat di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Geting, hari ini.

Terdahulu, Tajuddin menaiki bot nelayan ke laut meninjau aktiviti penangkapan ikan serta melawat sangkar ternakan ikan di Sungai Geting.

Turut mengiringi beliau, pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Adun Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *