Kelantan tak membangun?

Hi,

Cuma nak jawab confession2 mengenai kelantan sebelum ni. Aku sebagai anak kelantan rasa ada betulnya juga apa yg confessors sblum cakap. Pertama sekali, aku memang tinggal dan kerja di Kelantan. Alhamdulillah, best sgt tinggal di kelantan. Aku antara yg bertuah, ramai kawan2 asyik tanya tmpat kerja aku ada kosong tak sbb mereka semua nak balik kerja kelantan. Ye lah, duduk dekat dgn family, siapa tak nak kan? Jadi soalan dia di sini, kenapa ramai anak kelantan tak dpt balik kerja terus menetap di sini?

Aku tak rasa statement ‘ramai anak kelantan kerja di KL, JB, etc etc ‘ tu sebagai statement yg boleh dibanggakan. Rmainya penduduk kelantan terpaksa berhijrah ke luar menunjukkan yg negeri tu tidak dimajukan ke taraf yg sepatutnya kan? Ke aku salah?

Satu lagi, kualiti air di sesetengah kawasan di kelantan sgt la teruk. Kuning, busuk, tekanan rendah. Kesian sgt dgr cerita students yg belajar dekat sini terpaksa bangun pukul 3-4 pagi utk mandi sbb nanti air tak dak. Memang kerajaan negeri tak boleh selesaikan masalah ni ke?

Masalah jalan dan traffik jam stiap kali cuti raya pun ya. Tp korang kata ni tanggung jawab kerajaan pusat kan? So aku pun tak tahu lah apa nak kata. Tp mcm mana pulak dgn masalah sampah? Kadang kadang malu sebab nama je Bandaraya Islam tp kebersihan dia…. Hmmm. Memang la mostly disebabkan oleh sikap kelantanese tu sendiri tp kerajaan negeri pun kena la mainkan peranan jugak kan. Kalau pergi bandar bandar lain rasa kagum sgt dgn kebersihan diorang. Kenapa mereka boleh, kita tak boleh? For sure, kerajaan negeri diorang yg banyak mainkan peranan untuk capai tahap bersih gitu kan.

Lastly, tak payah lah nak start to label me pencacai umno ke, pemakan dedak ke whatsoever. Because im not. Kalau point aku salah, boleh betulkan. Aku pun orang kelantan, I love Kelantan and the people here. Cuma itu lah, kadang2 tertanya2 whether our current state government has done enough for us… In term of their responsibilities for our wellbeing? Maybe it’s time for us to not be in denial regarding our problem?

Please, Aku tak nak terpaksa undi parti yg ketuanya badut korup tu.

– – Proud Kelantanese

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *