“JARANG HIDAP KANSER PERUT, ORANG KELANTAN MUNGKIN AMALKAN MAKAN BUDU & PEGAGA” – PROFESOR

Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati masyarakat Melayu di negeri ini jarang menghidapi penyakit kanser perut kerana faktor ‘budu dan pegaga’.

Beliau berkata, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut.

Perkara itu, katanya, sekali gus dapat mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.

“Bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini.

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” katanya.

Sumber : Portal Islam & Melayu

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *