Geng Harry Gunung tumpas selepas berbalas tembak

KUMPULAN Harry Gunung yang aktif melakukan jenayah berat di Kelantan dan Terengganu, tumpas selepas tiga lelaki termasuk ketuanya, Harry, ditahan di sebuah kedai makan di Melor, Kota Bharu, tengah malam tadi.

Ketika ditangkap pada 12.10 tengah malam, berlaku pergelutan dan seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tembakan dilepaskan dalam cubaan seorang suspek yang ketika itu berada dalam Perodua Axia, melarikan diri.

“Anggota polis melepaskan lima tembakan ke arah tayar kereta suspek dan dia berjaya ditangkap.

“Dua suspek lagi ditahan ketika berada sekitar kedai makan berkenaan. Semua suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun dikenali sebagai Harry (ketua), Adik Ba dan Mat Yi.

“Mereka sudah lama dicari susulan 20 kes samun bersenjata, curi kenderaan, pemerasan, ugutan, mendatangkan cedera, khianat dan menceroboh di Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam sidang media di IPK Kelantan, hari ini.

Hasanuddin berkata, pihaknya berjaya merampas sepucuk pistol jenis Revover .38 yang digunakan untuk aktiviti jenayah serta tiga pedang.

Katanya, pemeriksaan dalam kereta turut menemui pelbagai kunci kereta, barang perhiasan wanita (emas), perenjat elektrik dan peralatan memecah rumah dan curi kenderaan.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Sabtu untuk siasatan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.

Berikut adalah laporannya : –

Tangkapan (3) Lelaki Melayu Kumpulan ‘Harry Gunung’ Dan Rampasan Sepucuk Revolver Serta Pelbagai Barang Di Peringat, Kota Bharu

1⃣Pengadu
Asp Hj Zulkifli Bin Dollah
Pegawai Operasi JSJ D9 Kelantan

2⃣ Report Tangkapan
( Dalam proses )

3⃣ Fakta Tangkapan
Pada 16/07/2017 jam 0010hrs, sepasukan polis dari Cawangan D9 IPK Kelantan telah buat serbuan di Restoran Kak Chik/Kak Haiza, Lot 1461, Jln Pasir Puteh, Kg Kubang Tin, Melor, Kota Bharu. Telah tangkap (2) lelaki Melayu di kawasan kedai tersebut dan (1) lelaki Melayu di dalam kereta Perodua Axia. Semasa tangkapan berlaku pergelutan dan tentangan. Lelaki dalam kereta Perodua Axia telah melepaskan tembakan ke arah team pengadu dan cuba melarikan diri. Bagi mempertahankan diri dan keselamatan orang awam di sekitar, pasukan serbuan telah menembak tayar kereta Axia dan berjaya menangkap pemandu kereta tersebut. Semasa proses tangkapan berlaku pergelutan. Seorang suspek lagi telah menendang muka anggota menyebabkan luka pada kening sebelah kanan.Butir butir tangkapan:

(B1)
Nama : Aierierullah Bin Mat Atan
Gelaran : Harry Gunung
KPT : **0321-03-6445
ALT : SH *** Jalan Pasar Lama, Pekan Nenas, Johor
Rekod Lalu:
(35) kali di tangkap
(2) Wanted Sek.324 KK dan Sek.506 KK

(B2)
Nama : Muhammad Iqbal Bin Abdullah
Gelaran : Adik Ba
KPT : **0603-03-5367
Alt : Lot *, Kg Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan
Rekod Lalu :
(28) kali ditangkap

B3
Nama : Mohd Zikrilah Bin Abdullah
Gelaran : Mat Yi
KPT : *0926-03-56*
Alt : 100A Kg Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan
Rekod Lalu :
(31) Kali kena tangkap
(2) Wanted Sek.324 KK dan Sek.506 KK

4⃣ Rampasan
Pemeriksaan ke atas tangkapan dan (2) kenderaan suspek iaitu jenis Perodua Axia dan Honda City telah menjumpai barang seperti berikut:
1. Sepucuk Revolver berserta (3) peluru hidup dan (3) kelongsong .38
2. (3) Pedang
3. (3) Parang
4. (1) Kerambit
5. (9) Handphone
6. (4) jam tangan
7. (13) Rantai
8. (10) cincin
9. (3) Loket
10. (1) Subang
11. (1) Perenjat Elektrik
12. Peralatan pecah rumah dan curi kenderaan.
13. (6) Kunci kereta
14. (3) Kunci M/sikal
15. Satu kereta Honda City no casis dan injin dicanai. Okt mengaku curi di Jerteh
16. Satu kereta Perodua Axia bersangkut Jerteh Rpt.2730/17, Sek.457/379 KK

5⃣ Hasil Siasatan
Siasatan yang dijalankan mendapati kumpulan ini terlibat dalam sekurang kurang 20 kes samun bersenjata, curi kenderaan, pemerasan, ugutan, mendatangkan cedera, khianat, menceroboh di Kelantan dan Terengganu.

6⃣ Seorang anggota D9 yang cedera akibat ditendang oleh suspek di kening telah mendapatkan rawatan di HRPZ sebagai pesakit luar.

Siasatan masih diteruskan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *