Hina rakyat Kelantan, warga net kecam Azhar

KUALA LUMPUR – Golongan netizen mengutuk keras dan mengecam Azhar Azizan Harun yang telah melabel penduduk Kelantan di Kuala Lumpur sebagai kaki kelab malam.

Meskipun kenyataan itu dibuat melalui sebuah portal beberapa hari lalu, namun sehingga hari ini warga net masih ‘panas’ dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu.

Pemilik akaun Facebook, Mohd Zuki berkata: “kalau betul la statement pengerusi SPR ni. Memang kurang ajar. 😠”.

Adiwira Hasnol pula berkata: “Sebagai org kelate terasa terhina dgn kenyataan tu sebab seolah2 org kelate ni kaki kelab mlm ke.

Hayzam Ahmad berkata: “ramai rakyat kelantan tuan, dng perckapan yg kluar dri mulut awak, x sikit byk ada yg terguris di hati meke, sebelum tuan pejam mata, baik tuan minta maaf. selagi dia org x maaf, selagi 2 jiwa tuan x akan tenteram”.

Uthe Pekan pula mengecam kenyataan tersebut dengan berkata: “Die igt orang pantai timur ni semua sama…asal jahat je pantai timur….kebodohan yg ketara sgt”.

Manakala Okama Ibrahim Wahbah berkata: “Kijo mu ko audit attendance club male???…hahaha celakat”.

Namun, rata-rata netizen mempersoalkan kenyataan itu mendakwa Azhar juga menjadi sebahagian pengunjung kelab malam, jika tidak, sudah tentu beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Seorang pemilik akaun, Khalid Al Walid bertanya: “macam mana dia (Azhar) tahu kalau dia tak pergi tempat macam tu. Maknanya dia selalu ke sana ke?”.

“yg suka kelab mlm tu org kelantan yg macm azhar tu,” kata Bara Barbisa Yaacob.

Ashroldin Abd Rashid pula berkata: “Apa kena mengena Pengerusi SPR ni dgn statement yg x ada kena mengena dgn SPR….? Yg kaki Mabuk , kali botol Pengerusi SPR sendiri…”. – MalaysiaGazette

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *