Arab Saudi Buka Panggung Wayang Pertama Tahun Depan

DUBAI: Arab Saudi akan membenarkan operasi panggung wayang dilaksanakan di negara konservatif itu buat pertama kali dalam tempoh 35 tahun, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Panggung wayang diharamkan pada awal 1980-an kerana masyarakat Arab cenderung ke arah amalan agama yang ketat dan tidak menggalakkan hiburan awam serta aktiviti yang mencampurkan golongan wanita dan lelaki dianjurkan.

Di bawah pemerintahan baharu Putera Mahkota Mohammed Salman yang berusia 32 tahun, kerajaan melonggarkan beberapa undang-undang dan bercadang untuk memansuhkan larangan memandu ke atas golongan wanita pada tahun depan.

Kata beliau, ekonomi semakin teruk akibat kejatuhan harga minyak dan akan naik semula dengan perkembangan industri hiburan.

“Pembukaan panggung wayang akan menjadi pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi.

“Dengan membangunkan sektor budaya, kami akan mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan yang baharu di samping mewarnai pilihan hiburan di negara ini,” kata Menteri Budaya dan Maklumat, Awwad Saleh Alawwad.

Panggung wayang pertama itu dijangka dibuka pada Mac tahun depan.

– Reuters

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *