Apa sebenar cerita disebalik Stadium The Fortress?

Seperti mana yang kita tahu, Tan Sri Annuar Musa bekas Presiden Kafa pernah mengumumkan pembinaan stadium baru untuk Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warriors – The Fortress. Dan sekarang rakyat Kelantan tertanya-tanya mana stadium tersebut.

Cerita yang sebenar, memang permohonan Tan Sri Annuar Musa untuk membina stadium The Fortress telah mendapat perhatian kerajaan dan Unit Perancang Ekonomi, EPU.

Walaubagaimanapun cadangan itu dilupakan apabila kerajaan negeri mengumumkan untuk membuat stadium bertaraf dunia di Bukit Merbau yang mana batu asas telahpun diletak.

Unit Perancang Ekonomi berpendapat bahawa adalah satu pembaziran dari segi pembangunan negeri jika Kelantan mempunyai dua stadium jadi EPU membiarkan hasrat kerajaan negeri itu untuk diteruskan.

Apalah nasib rakyat Kelantan yang akhirnya tidak mendapat apa-apa. Sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri meletakkan batu asas untuk sesebuah pembangunan dan kemudian melupakannya seperti Lebuhraya Rakyat, Bandar Baru Dabong dan banyak lagi.

Berapa kali lagi akan kita tertipu?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *