5 Dialek Kelantan Yang Orang Luar Suka Guna

Adakah anda orang Kelantan yang berada di luar Kelantan?

Kebanyakkan orang Kelantan berada di Shah Alam dan Lembah Kelang, sudah menjadi tradisi orang kelantan akan berkumpul di merata-rata tempat dan yang paling unik, mereka ini dianggap sebagai duta kecil yang tidak berbayar untuk membawa budaya Kelantan di kenali oleh orang ramai.

Sudah pasti dialek Kelantan sudah menjadi bahasa utama jika mereka bertemu sesama sendiri dan yang paling menarik, orang luar juga terkesan dengan dialek Kelantan, jadi kami bawakan 5 perkataan dari dialek Kelantan yang menjadi pilihan orang luar apabila bertemu orang Kelantan.

HUK ALOH

“Huk Aloh” membawa beberapa maksud (kena tengok pada keadaan) sebagai contoh “Huk Aloh, lupo aku nok bowo anok kuci moto” ia membawa maksud “Alahai lupa aku nak bawa anak kunci motor”

KECEK

“Kecek” membawa maksud bercakap atau cakap “Acu mun kecek molek gak” ia membawa maksud ” Boleh tak kau cakap dengan elok”

BOH

“Boh” membawa maksud Bos tetapi perkataan ini digunakan untuk menunjukkan rasa hormat kepada ketua ditempat kerja atau kawan baik sebagai contoh “ Boh nok gi aloh kwano tuh?” ia membawa maksud ” Boss nak pergi kemana tu?”

BEGHEH / BEREH

“Begheh/Bereh” membawa maksud Beres atau sudah siap, perkataan ini digunakan mengikut keadaan semasa sebagai contoh ” Bereh Boh ” ataupun bila ada soalan ditanya seperti ini “MACAM MANA DENGAN MESYUARAT SEMALAM?” , kebiasaan akan dijawab dengan “ Bereh Boh:”

GAPO

“Gapo” membawa maksud apa , ia boleh digunakan untuk pertanyaan kepada seseorang seperti ” Nok Gapo? ” membawa maksud ” Nak Apa”

5 perkataan di pilih berdasarkan apa yang GuKito lalui dengan rakan-rakan kami dari luar Kelantan, mereka selalu menggunakan perkataan ini apabila bertemu dengan GuKito. Jika anda rasa ada lagi perkataan dialek Kelantan menjadi pilihan orang luar, boleh berkongsi di ruangan komen..

Kredit : GuKito

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *