10 Fakta Menarik Projek ECRL

Perdana Menteri Najib Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di tapak projek KotaSas Sentral di Kuantan.

Beliau berkata perjalanan kereta api dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dijangka kurang daripada empat jam berbanding purata lapan jam malahan hingga 12 jam atau lebih semasa musim perayaan, menjadikan ECRL medium pengangkutan pilihan yang lebih selesa sebaik ia siap dibina.

10 Fakta Menarik Projek ECRL:

  1. Laluan rel negara paling panjang sejauh 688km. Wow!
  2. Kos berjumlah RM55 bilion dan akan dibina CCCC, yang merupakan satu daripada kumpulan infrastruktur pengangkutan ternama dan tersenarai sebagai kontraktor antarabangsa ke 3 paling terkemuka di dunia.
  3. 85% daripada projek itu dibiayai melalui pinjaman ‘mudah’… 3.25% daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium tujuh tahun. Sementara 15% lagi dibiayai melalui program sukuk yang diuruskan bank pelaburan tempatan.
  4. Perjanjian dengan China, minimum 30% kontraktor Malaysia akan terlibat dalam projek ini sementara program latihan industry akan memberikan peluang kepada pelajar Malaysia menimba kemahiran bekerja dengan ECRL.
  5. Sebanyak 3,600 pelajar Malaysia disediakan latihan oleh 2 universiti terkemuka China dan 9 institut pendidikan tinggi Malaysia .
  6. Pelajar yang menamatkan latihan akan secara automatik ditawarkan pekerjaan oleh MRL, pemilik projek dan CCCC sebagai kontraktor utama atau subkontraktor.
  7. Menghubungkan kawasan ekonomi utama seperti Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Halal Gambang di Pahang, Taman Biopolimer Kertih (Terengganu) dan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (Kelantan).
  8. Dianggarkan 5.4 juta penumpang dan 53 juta tan kargo akan menggunakan perkhidmatan itu setahun menjelang 2030.
  9. Kerajaan akan memastikan ECRL berjaya siap menjelang 2024 seperti dijanjikan.
  10. Perjalanan dari KL ke Kelantan dijangka kurang daripada empat jam berbanding purata lapan jam malahan hingga 12 jam!

“Perjalanan sudah bermula dan ECRL setelah siap akan membawa kita ke arah pencapaian aspirasi negara. Saya memohon sokongan, kerjasama, pengetahuan dan kepakaran bersama semua pihak berkepentingan dalam ECRL bagi memastikan penyampaian lancar dan berjaya projek rel ini, “ katanya.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Rel Laluan Pantai Timur ( ECRL ) di Kuantan, Pahang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Terengganu dan menteri kabinet yang lain.

Projek ini akan menghubungkan Lembah Klang terus ke Kota Bharu melalui jajaran pelabuhan Kuantan dan Kemaman. Tiga buah stesyen akan dibina di Kelantan, iaitu Kota Bharu, Jelawat dan Tok Bali untuk fasa pertama. Jarak perjalanan daripada Kota Bharu ke stesyen ITT Gombak hanya mengambil masa 4 jam. Semoga ia dapat memberi manfaat besar kepada ekonomi dan pembangunan untuk rakyat Kelantan khususnya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *